RM 20k.

Terbaik MB Kedah.. 👍🏼

KULIM: Kerajaan negeri melulus peruntukan RM20,000 bagi membantu 830 pelajar Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

PKPD itu dilaksanakan bermula 26 Jun lepas hingga 9 Julai ini.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebanyak RM10,000 diserah kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kulim, manakala RM10,000 lagi kepada politeknik terbabit.

“Kerajaan Negeri meluluskan bantuan berupa makanan kering, manakala yang lain-lain disediakan pihak politeknik itu sendiri,” katanya pada sidang media di Politeknik Sultanah Bahiyah hari ini.

Beliau juga berkata, PKOB Daerah Kuala Muda pula akan menerima 3,000 bakul makanan, manakala daerah-daerah lain masing-masing menerima 2,000 bakul.

Katanya sebagai tambahan untuk menampung keperluan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berlangsung sekarang.

“Bakul-bakul makanan itu akan diserahkan kepada PKOB setiap daerah pada Ahad ini.

“Sehingga sekarang kerajaan negeri menyediakan 48,000 bakul makanan untuk agihan seluruh daerah sejak PKP 3.0 yang bermula pada 1 Jun lalu,” jelas beliau.

Oleh itu Sanusi menasihatkan orang ramai supaya menghubungi saluran rasmi kerajaan sama ada PKOB atau Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) sekiranya terputus bekalan atau memerlukan bantuan.

“Semua antara kita mempunyai kemudahan telefon bimbit dan lain-lain jadi hubungilah saluran rasmi. Kita akan hantar bantuan tanpa perlu kibarkan bendera putih,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 1/7/2021

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s